Thursday, August 20, 2009

Perkahwinan,percintaan, tanggungjawab atau fantasi?

Rosman: hmmm....mansur...peninglah aku ni layan karenah gf baru aku...tak terlarat nk layan karenah dia nie ha!

Mansur: eh?apa dah jadi dengan atikah?sape gf ko skrg nie???

Rosman: atikah??aku dah tak dengan dia dah...leceh la dia tu...asyik busyyy jee dengan life dia...penampilan tak jaga...tak romantik langsung! ajak keluar dating pun susah!

Mansur: pulak?dah tu ko nak gf yang macam mana lagi?aku rasa atikah tu antara yang terbaik aku nampak! yang ni mana pulak?cite lah dengan aku..!!

Rosman: owh yang nie!! cun woooooo!!! body baeekkk punyaaa!!! aku kenal kat restoran..!! nama dia linda!! manja..suka ketawa...selalu luangkan masa dengan aku...! kadang2 bila aku jalan2 dengan dia..semua tengok aku dengan linda! yelah! linda tu cun! tinggi! kurus macam model! sapa tak nak pandang?mmg cun habislah!!!

Mansur: owh ye ke..untung laa ko! hehehe!! habis tu apa yang ko pening2 nie?

Rosman: takde lah...pening jugak! dia ni manja sangat.! kalau shooping nombor satu! nak barang branded! nak buat salonlah! nak buat kukulah!nak barang2 makeup lah! nak yang mahal saja! ni baru2 ni nak masuk slimming centre pulak! dia kata gemok! walhal aku tengok cunnn je! hari2 nak jumpa..kadang2 terganggu masa kerja aku..

Mansur: ooo..patutlah ko selalu masuk lambat! ini kerja ko rupenyee!! hahaha

Rosman: ko janganlah bagitau En Rahim! matilah aku wei!!

Mansur: takda lah..!! ko nie...haa..sambunglah cerita ko!

Rosman: tu je lah ceritanya....ni aku nak kawin dengan dia!

Mansur: tadi ko merungut..ni ko nak kawin dengan dia pulak! mana satu ko nie?!

Rosman: hisshhh ko nie pun!! mestilah aku nak kawin dengan dia!! cun tuuuuuuuuu!! mana nak dapat!! manja! putih! lawa! kurus! romantik! kalau orang tengok! haa..macam pinang dibelah dua!!!

Mansur: pulak dah ko nie...boleh aku cakap sikit?

Rosman: haa..! apadia?

Mansur: dulu masa dengan atikah...ko merugut..cakap dia tak pandai bergayalah...busy dengan urusan dia lah...tak romantiklah...tak jaga penampilan lah...tapi ni dah dapat linda yang cun? ko merungut..ko kata dia nk barang branded la...shoopinglah...set rambut la...buat kukulah...nak masuk slimming centre la....ko tak rasa ke...sebenarnya...atikah tu menyenangkan hidup ko dan linda menyusahkan hidup ko?atikah elok bertudung-takde nak buat duit ko set rambut. atikah tak keluar dengan ko sangat - dia takde habiskan duit ko. atikah tak jaga penampilan-aku rasa elok je penampilan dia?baju kurungkan cantik! tak jadi tayangan orang lain?buat kuku?atikah menjaga kebersihan diri aku tengok.

Rosman: ermm..ala...yelah..susah laa atikah nie..tak up to date..asyik terperap kat rumah

Mansur: ko pernah tak terpikir...dia sibuk menguruskan keluarga dia dan parents dia ni satu tindakan yang amat baik untuk masa depan dia?dia tau uruskan semuanya untuk rumah tangga dia sendiri nanti..cekap memasak..uruskan kerja rumah..jadi ibu yang baik....bukannya carca merba macam linda ko yang nak enjoyyy selalu? ko kata nak kawin dengan linda...ko pandang dari perspektif apa?
ko buat pemilihan bukan dgn berfikir matang. sb tu ko tak tau atikah yg sebenar.ko TAK melihat cabaran hidup selepas berkahwin.

1)bgaimana keadaan rumah tangga selepas berkahwin?
2)bgaimana cara pengurusan rumah?
3)bagaimana cara didikan anak?
4)bagaimana hubungan suami isteri?hormat menghormati,tolak ansur,bersefahaman,keserasian dan keamanan
5)bgaimana kdaan kalau keluarga bertambah besar?

ko tengok - semua ni nk dihalakn kemna?jawapannya ialah apabila personaliti seseorang itu jelas.ada setengah org sblm berkahwin berfikir dlm alam fantasi. ramai org mcm ni.lpas kawin nk honeymoon kt hawaii...tp realiti, x kesampaian sb perlu fkir mana sumber n dana utk capai impian?nk beli rumah besar. tp kewangan x mencukupi.terpaksa sewa rumah kecil.slpas kwin nk beli kereta besar. berapa sebulan? rm1200. x mampu terpaksalah beli kereta biasa sj. sb sewa rumah, mkn pakai n kperluan lain. ckup sebulan semua habis...cuba kau fikir betul2...ko nak memiliki orang yang cantik..updated! kurus! lawa! maja! romantik! ini semua FANTASI ko rosman!! cuba fikir reality!!

pemilikan ini bukan urusan jual beli. ia berkait dgn perasaan dan kehendak yg sama untuk masa depan yang terjamin bersama dari banyakkk aspek! harga persamaan n persefahaman lebih tinggi dari nilai wang...bukan hanya luaran dan fantasi...ko kene fikirrr ni betul2! sebab tuuu......ko kene cari yg benar2 kau perlukan dan ko akan rasa tenang selesa n selamat. bukan org yg memenuhi impian cerita dongeng!!! susah la ko ni man! dah menyimpang....!!cuba ko bayangkan linda yang hidup penuhhh dengan angan2! keseronokan! kemewahan! ya...ko mmg puas memiliki dia cantik! tapi adakah ianya memberi jaminan kepada kau kebaikan dunia dan akhirat?

Rosman: ermmmmmm.......hmmmm

Mansur: aku bukan nak buli ko man...ni yang reality..bukan fantasi man! bagi aku lah..atikah tu dah sebaik2 insan dah..yang dapat menjamin keselamatan dan keamanan rumah tangga ko man! aku yakin..dia akan bahagiakan ko dunia akhirat..yang reality! bukan fantasi macam yang ko nak ni man...hishh!! rugiilah ko nie...

Rosman: betul apa ko ckp nie...hmmmm....ko rasa patut kee aku betulkan semua nie?cari atikah?

Mansur: ha tgk?senang2 jeee kan ko nie??dah2! tak payah cari atikah!

Rosman: kenapa pulak??

Mansur: aku nak masuk meminang atikah memandangkan ko tak hargai dia seadanya..! haa..baru ko tau...aku mmg tercari2 orang macam atikah....rugi betullah ko ni

Rosman: ha??sampai hati ko mansur?? ko ni kawan makan kawan ke apa?

Mansur: haa..cuakk!! padan muka! ko gilee!! aisyah aku nk campak mana??hahahah!! ko niee..apeelah man....sia2kan orang sebaik atikah...

Rosman: aduhai...ruginya aku...alamak!! ni si linda call nie..habislahh duit aku lagi ni haaaa! dia mesti nak pegi shooping...

Mansur: pikirlah man...antara realiti dan fantasii.....

Ok la guys... N3 ni member Hani forwardkan kejap tadi... Tertarik pulak nak membahaskan topik ni... Pada sume yang tengah asyik masyuk bercinta, cuba renung sekejap, kita bercinta ni sebenarnya ada arah tuju tak?

Untuk Hani, jawapan dia tanggungjawab, Hani pun tak sedar sejak bila Hani mula fikir pasal ni, tapi dalam persahabatan pun kita sebenarnya da mempraktikkan benda ni... Contohnya, kawan serumah sakit, mesti kita ada tanya, da jumpa doktor? Da makan ubat? itu pun dah dikira tanggungjawabkan? rasa bertanggungjawab ke atas keadaan sekeliling kita...

Sesape yang rasa nak bercakap mengenai topik ni, jangan segan2, komen le...
(^_+)v

2 comments:

Redbloodsnow said...

klo zie lak kan...jwpn zie, perkahwinan, percintaan dn tanggungjawap. fantasi tuh x masok share..hahahaha.

sbb bg zie itulah tujuan relationship zie dgn dillah. Bile kite ke arah percintaan, it will automatik ke arah perkahwinan. then bile dh ke arah perkahwinan...secara automatik lak tanggungjawap menjadi keutamaan.

soooo, love + married + tanggunjawap, harus come together. baru hubungan, insya'Allah, sentiasa harum menwangi...cewahhh..hehehe :P

(^_^) Hani Hilman (^_^) said...

Yes! Memang patut pun...
Sape yang bercinta mesti nak kesudahan terbaik kan?
Bila ada rasa tanggungjawab, perhubungan jadi lagi baik,
So? isikan tanggungjawab dalam hubungan cam zie...
:p