Wednesday, February 9, 2011

Valentine's Day

Assalamualaikum pada yang Islam, salam 1 Malaysia pada yang bukan Islam... Tajuk yang ada dalam kepala since last night after watching Halaqah on TV9.

Pada Muslim, baca sampai habis, non-muslim, I have no offence in practicing your religion, this is just a view of my mind towards my one united Muslim of this tiny world. So please, if you feel interupted reading my writing, please close this blog.

Terfikir sejenak berkenaan diri, aku pernak menggunakan perkataan "Mr. Valentino" untuk seorang lelaki, berdosakan? MasyaAllah, besar dosa aku. Aku harap, saudara-saudara aku, tak mengulangi perkara yang sama. Terkejut aku bila dengar sambutan Valentine sebenarnya bermula seminggu awal dari tarikh 14 Februari dan setiap hari dalam minggu tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti.

Ada hari khas untuk berpeluk, bercium, mengikat janji, melamar dan sebagainya. Hari kemuncak adalah hari tanpa seluar dalam??? Ustaz tu juga ada menyebut firman Allah dari Surah Al-Baqarah ayat 120. Maksud yang aku fahami, Yahudi tidak akan redha dengan Muslim selagi Muslim tidak mengikut rentak kehidupan mereka.

Aku bukan manusia perfect untuk mengajar orang lain, tapi Nabi aku ada berpesan. Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat. Moga-moga dapat aku menambahkan pahala yang kian sikit. Aku tak sampai hati nak lihat saudara-saudara aku tak mampu untuk minum dari telaga Khautsar di padang Mahsyar nanti jadi aku harap tak ada antara kita yang menyambut Valentine day ataupun hari-hari yang berkaitan dengan perayaan agama lain.

Sudah terang lagi bersuluh hukumnya HARAM. Pada yang dah buat plan, batalkan. Aku menegur menggunakan media penulisan. Selemah-lemah iman... Berdetik hati menyatakan tidak selesa dengan satu-satu situasi.  

No comments: