Thursday, July 28, 2011

Luahan rasa hati


Salam semua, lama betul Hani tak menulis blog, penuh sawang-sawang dah. Blog novel lagiiiiiilah lama tak berentri baru... Sedinya keadaan blog-blog Hani ni. Sebenarnya harini nak buat entri luahan perasaan. Bosan dah berkerja dengan orang yang kononnya buat kerja tapi sebenarnya tak buat kerja.

Benci betul! Hani ni kerja bukanlah pangkat besar, almaklumlah kerja dengan diploma je, mana nak dapat pangkat besar, lainlah kalau dah ada pengalaman kerja puluh-puluh tahun. Bos Hani tu lelaki, India, umur dalam 30-an. Hani mula berkerja kat syarikat ni pada 21 August 2010. Kerja bahagian pengurusan kredit. Kira dia officer, Hani assistant dialah.

Bayangkan, masa Hani masuk tu punyalah berlambak company yang tak bayar hutang tahun 2008 dengan 2009. Apa yang di buat si mangkuk tu pun Hani tak tau. So, mula-mula Hani sabar je, Call customer tanya kenapa tak buat bayaran apa semua. Boleh tak terima jawapan, "saya mintak si anu tu bagi saya surat pengesahan, tahun 2009 lagi, ni awak pulak telefon tanya kenapa kami tak bayar. Bagi surat, kami bayar."

Hani taip surat dan post haritu jugak, minnggu ni si mangkuk tu dengan happynya datang cerita customer tu call dia nak buat  bayaran. Memanglah, dah dihantar surat tu barulah dia buat bayaran! VAVI!!!! Ada pulak customer mengadu Hani asyik hantar bill yang sama padahal diorang dah bagitau si mangkuk terbabit bahwa bill tu sepatutnya bukan untuk diorang, untuk company lain. Si mangkuk tu tak reti buat kerja ke???

Hari-hari kerja dia pergi jumpa customer, Semua dokumen Hani yang siapkan. Dia datang ofis, tengok PC kejap, lepas tu buat alasan nak keluar jumpa customer. Bila Hani telefon customer, dah terima ke dokumen yang si mangkuk tu hantar? "Eh? mana ada? Saya tak pernah jumpa dia pun?" kalau sekali dua percayalah customer tersalah letak, ni berpuluh yang cakap macam tu.

Sakit lak hati ada orang macam ni dalam dunia. Kalaulah tempat kerja anda ada kekosongan bahagian akaun ataupun sistem maklumat, silalah bagitau Hani. Tak larat dah kerja sini. (T_T)


No comments: