Wednesday, December 16, 2015

Siapa boleh tolong?

Morning!

Siapa boleh tolong bagi tips supaya sentiasa ingat nak makan ubat? Hani ni memang sangat bermasalah nak ingat makan ubat. Kadang tu dah ingat, tapi tangguh.. pastu lupaa..

Pastu mesti menyesal sebab dah terskip makan ubat. Dahlah Hb tak berapa cantik, asyik je tak makan ubat kang jadi apa pulak kan? Huu..

Any tips or advise?

Tuesday, December 15, 2015

Saya hari ini

Assalamualaikum dan selamat pagi! Err kekok sangat cara menaip pun.. -_-"

Maafkan saya ye.. almaklumlah dah berkurun lamanya tak update blog ni.. bukan setakat sawang, stalaktit, stalakmit pun dah ada kat sini. Huhu..

Perkhabaran terbaru tentang Hani ialah :

1. Dah bernikah dengan lelaki pilihan hati pada 06.02.2015.
2. Sejak dari lepas nikah, dah membesarkan badan dengan jaya bagaikan juara -_-"
3. Berhasrat untuk berdiet sebelum mengetahui diri ini besar sebab dah berdua rupanya (ayat sedapkan hati sendiri)
4. Baru balik bercuti panjang. Makanya harini sangatlah nipis mood nak pergi kerja.

Sekian berita terkini.

Semoga Hani lebih rajin untuk update blog ni. Aminnnn.

Sunday, April 21, 2013

Midnight blurbs

Dia tabah
Dia kuat
Dia cekal

Walau ditipu berulang
Dia tetap teguh percaya
Walau dia tahu sakitnya
Dia tetap teguh hatinya

Menunggu akan bicara itu
Yang mungkin penuh bermakna
Apa mungkin bicara itu
Membubar rasa percaya

Cemburu itu senantiasa ada
Namun kemas tersimpan di dalam dada
Lelah itu dia yang rasa
Bila cinta terbina dipalit noda

Betapa tegar kekasihnya itu
Melakar onar mencipta bisa
Sedang dia sekuat daya mempertahan segala
Tiadakah kasih yang masih tersisa?

Thursday, March 21, 2013

DRB Hicom

Assalamualaikum, esok Hani kena pergi training. Kat DRB Hicom. Dengan Kak Nadia. Short notice by boss. Both of us never been there. Worst part is we will be driving without any guidance but google map. Hope everything gonna be just fine. -.-"