Thursday, March 24, 2011

Lelaki Handsome

Selamat pagi semua.Tajuk kali ni, "Lelaki Handsome". Ramai gadis-gadis diluar sana mencari lelaki handsome kan? Tak kisahlah kacak ke, ganteng ke, tampan ke, maksud dia tetap sama. Bukan gadis je, mak cik-mak cik pun tak terkecuali, semua peringkat umurlah senang.



Tak perlulah anda nak sengih-sengih, saya faham perasaan kita orang perempuan. Bukan selalu dapat peluang nak usha lelaki handsome lama-lama. Tak nak berkelip mata pun boleh kalau tengok gambar kan? Kalau depan-depan, lelaki handsome ni cepat perasan atau pun kalau yang pandang tu gadis hot dia pulak pandang tak lepas. Mustahil kita nak bukak gelanggang lawan mata kat situ, malu!

Tapi kat sini, bukan pasal lawan mata yang Hani nak story, ni pasal lelaki handsome yang tak awesome. Kalau handsome plus awesome mesti teruja kan? Tapi yang ramai sekarang ni, handsome tapi hampeh. Tak payah tengok negara lain, dalam Malaysia ni je. Muka handsome, tapi rupanya gangster. Kerja pencuri di pusat beli belah. Sakit jiwa bila tahu.

Ada pulak, muka handsome, tapi kaki kikis duit perempuan. Hidup hasil perempuan. Ada yang masuk berita, lelaki handsome, tinggal serumah dengan janda ala-ala dah kahwin. Lepas tu rogol pulak anak orang, tak cukup rogol, dera pulak, tak jugak puas hati bila dera, bunuh. Sedih bila kejadian camni jadi.

Kita kaum perempuan ni adore la lelaki-lelaki handsome ni. Tapi sampai bila kita nak tertipu dengan perangai disebalik wajah mereka tu? Ni peringatanlah pada Hani dan perempuan-perempuan lain. Jangan percaya lelaki handsome ni sangat, mereka ni tau mereka ada rupa, jadi mulut manis sikit perempuan akan terpikat. Bukan mulut je manis, senyum manis sikit je perempuan dah tak ingat dunia.


Stop menyeksa diri anda ye kaum wanita. Pada kaum lelaki, saya tahu bukan semua bersikap sebegini. Cuma message ni untuk kaum saya lebih berhati-hati memilih teman ataupun pasangan masing-masing. Sebab selalunya orang perempuan ni suka sangat judge a book by its cover. Contohnya:-

Ada sorang lelaki yang handsome lalu depan dia, pakai pulak stylish. Senyum sikit, perempuan tu akan cerita pasal lelaki tu selama 2-3 hari kat kawan-kawan dia. Kalau tetiba lelaki tu tersendawa depan khalayak lepas tu tunduk-tunduk malu perempuan akan cakap "How cute!" Ceh, serius anda tak cute.

Cuba lelaki handsome tadi diganti dengan lelaki gemuk, lemak berlipat-lipat. Hitam warna kulit, forsure takde siapa pun akan cakap dia cute, pandang sinis sambil jeling-jeling pastu mulut terkumat-kamit mengutuk lelaki tu tak senonoh la apa la. Manusia mustahil akan perfect. Come on girl, this is true. Mana anda semua tahu lelaki handsome tu tak sengaja? 

Ada je lelaki handsome yang tak se-awesome yang anda bayangkan. Terima hakikat, hidup di bumi nyata.







Klik like kalau suka! (^_^)

2 comments:

Nova Miladyarti said...

hahha...the end paragraph makes me laugh:D

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Wuahhh , terbaikk laa dear !! Sokong awakk !":))