Friday, March 25, 2011

Kecelaruan emosi

Salam semua, harini kita bincang dengan minda terbuka. Hani tau ramai yang menghadapi masalah atau pun sedang dalam dilema disebabkan orang sekeliling kita kurang menerima kita seadanya kita. Orang sekeliling mengharapkan kita perfect. Saban hari Hani baca status di Facebook, sahabat-sahabat menulis status sedih, hampa ataupun kecewa dengan keadaan diri masing-masing.


Ada yang dalam dilema dalam memilih course yang patut di ambil di universiti. Kadang-kadang ibu bapa seakan memaksa anak-anak mengikut telunjuk mereka walaupun menyedari anak itu punya kehendak sendiri. Contoh dalam kalangan sahabat Hani ada yang mahu jadi peguam, engineer. Tapi disebabkan oleh desakan dan asakan menyentuh perasaan dari ibu ataupun bapa membuatkan mereka tak sampai hati melawan atau menidakkan kehendak kedua orang tua.





Yelah, orang tua yang membesarkan kita sampai ke usia sekarang. Tapi dari usia sehabis pengajian sehinggalah menemui lahad, anda bakal menempuh hidup seorang diri dan tidak lagi boleh mengharapkan bantuan ibu bapa dalam membuat keputusan. Bayangkan, jika sekarang anda dah tak suka dengan bidang yang anda ceburi, mampukah anda berjaya? Ataupun di masa 10 tahun akan datang, dimanakah tempat anda di dalam bidang ini?


Ada yang di dalam dilema memilih pilihan hati. Anda suka si A tetapi sikap si A yang sambil lewa dan kurang mengambil berat tentang perasaan anda selalu membuatkan anda kecil hati. Akan tetapi anda sering meluahkan perasaan kepada si B yang sememangnya mengambil berat akan hal anda dan selalu ada apabila anda memerlukan.



Yang manakah akan anda pilih sebagai peneman dikala susah senang anda? Perlukah anda berubah untuk memuaskan hati pihak lain? Hani sendiri berdepan dengan masalah ini. Tapi tiap kali hal begini berlaku Hani ingatkan diri sendiri. "Takkan ada satu masa di mana semua orang yang puas hati dengan kita, jadi kita perlu pilih apa yang akan membuatkan kita berpuas hati dan berbaloi dengan memilih untuk melakukan perkara itu."


‎" I would rather be hated for who I am, rather be loved for who I am not" - Kurt Donald Cobain

No comments: