Monday, August 10, 2009

Ikhlas

-Orang yang mencintai anda tidak pernah manpu memberikanalasan kenapadia mencintai anda. Yang diatahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.

-Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.

-Orang yang menyintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun anda berasa berat badan sudah bertambah.

-Orang yang menyintai selau ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.

-Orang yang menyintai andaakan mengirimkan sistem pesananringaks (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.

-Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam caraberbeza bukan ”aku CINTA padamu” tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.

-Jika anda menyambut ulang tahunhari lahir anda tidakmengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

-Orang yang menyintai anda akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya keranasaat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

-Orang yang menyintai andaselau mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

-Orang yang menyintaianda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjamcakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

-Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan anda.

-Orang yang menyintai anda akan memberikan satu barng miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa

-Orang yang menyintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga andamenjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana sudah menggegarkan dunia

-Orang yang mencintai anda bertindak lebihseperti saudara daripada seperti seorang kekasih

-Orang yang mencintai anda kadangkala merindukananda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun di cepat meminta maaf jika tindakannya mengguanggu diri anda.

-Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu makadia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodohdi dunia!

-Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akanmenghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

-Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberikanya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernahmencari orang lain.

No comments: