Thursday, December 24, 2009

Melaka ~ 1

Ha... Ritu aku ade cakap aku gi Melaka kan? Aku gi MiTC sebenarnye... Gi merasa juadah yang ade... Cewah! Ko ingat ape? Kedai makan ke ape? Huhuhu... Aku suke amik pamplet.. So, hasilnye... Dapat r aku tau macam2 bende... Contohnye, pasal Selangor... Penah aku tau kat Selangor tu ade tempat menarik?

Walhal bertaun gak aku duk Selangor tu dulu... Huhu.. Meh sini aku nak bagi tau pada sesapa yang x tau cam aku... Kat Selangor tu ade >>>

Istana Bandar yang terletak kat Jugra, bandar bersejarah kat selatan Selangor. Jugra ni dulunya tempat bersemayam raja2 zaman silam dan Istana Bandar ni tempat meraikan tetamu2 kenamaan and wakil2 luar negeri. Istana ni dibina awal abad ke-20 oleh Sultan Alauddin Shah.

Makam Diraja Sultan Abdul Samad terletak kat Jugra jugak. Makam ni adalah campuran seni bina Klasikal Barat dan Indo-Muslim. Dibina pada tahun 1898, ha, korang pikir r sendiri da bape lame ye... Seperti namanya... Tempat ni adalah tempat bersemadinya anggota keluarga diraja...

Bukit Melawati kat Kuala Selangor. Yang ni aku memang salu dengar... Tapi, hampeh tak tau mende...:p
Rupanya Bukit Melawati ni bandar di pesisir pantai yang terletak 30 minit dari KL... Masa abad ke-18 Sultan Selangor yang ke-2 arahkan sebuah kubu dibina atas bukit ni... Banyak r sejarah tempat ni... Malas plak aku nak taip panjang2, korang cari sendiri la ye kalo nk tau lebih lanjut...:p

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ataupun Masjid Biru merupakan salah satu struktur terunggul megara kita dengan menara2 yang dikatakan tertinggi di dunia! Masjid ni memang tenteram kalo korang pernah pergi... Terletak kat Shah Alam, tempat ni r paling menenteramkan jiwa kat tengah bandar tu...

Batu Caves terletak di 15km utara KL. Ianya sebenarnya gua batu kapur, yang ni aku salu dapat tengok... Uma mak cik aku kat Taman Jasa, so, dekat je r... Sambil lalu pun nampak...

FGS Dong Zen Monastery terletak di Jenjarom. Aku x penah tau wujud tempat ni weh! (=_=")!
Biara Buddha ni terletak di atas tanah seluas 16 ekar, besar tu... Kat sini ade gerbang berhias, kawasan 'Lapanbelas Arhat', patung Bodhisattva Guan Yin, sembahan utama, sembahan bahan suci, balai seni, perkarangan dalan dan beberapa bangunan lain.

Muzium Orang Asli di Gombak memberikan pengetahuan tentang gaya hidup dan budaya tradisional Orang Asli terutama dari Selangor. Muzium ni mempamerkan koleksi topeng, sumpit, dan tombak, hiasan badan, ukiran patung dan alat muzik.

Pulau Carey terletak di pesisir laut Selangor, 20 minit memandu dari Bandar Diraja Kelang. Pulau ni terkenal sebagai penempatan orang asli suku Mah Meri. Masyarakat Mah Meri ni terkenal dengan ukiran topeng atau bentuk2 semangat yang dipersembahkan kepada nenek moyang pada Hari nenek Moyang.

Little India terletak kat Bandar Kelang. Kat sini, kita boleh tengok masyarakat India yang masih lagi memelihara gaya hidup lama dan tersendiri.

Taman Seni Islam terletak bersebelahan Masjid Biru yang diilhamkan oleh konsep taman syurga dalam Al-Quran. Meliputi kawasan seluas 14 hektar, ia memuatkan 9 galeri yang mempamerkan kekayaan seni Islam seperti khat, ukiran, lukisan dan seni bina.

Ada lagi cite pasal Selangor ni.. Tunggu siri die k....

3 comments:

- LittleCalliph - AMAL - said...

oke...tajuk melaka ..isi selangor...
ko kat nogori ker?
kengkunun kata satu mesia :)

Mrs. Cuppycake said...

haha..iyo...aku kat nogori..tajuk melaka pasal aku gi melaka dapat tau pasal selangor...
poning?den laei poning!:p

merlin said...

seb bik tjuk melaka isi selangor,ok lg dlm msia..

klu tjuk melaka isi australia?ha..xpsal2 yo..:-p