Wednesday, November 24, 2010

Stop Child Abuse

Tertarik dengan kempen Nuffnang pasal penderaan kanak2... Tak tau Nuffnang nak suruh write dalam Malay ataupun English... So, pemilihan bahasa berdasarkan kesenangan... Apa nak jadi dengan zaman sekarang? Hari2 ada je kes bapa rogol anak. Menyayat hati...

Teringat zaman dulu2... Tak pernah ada kes macam ni, kalau ada, kes terpencil... Kes buang bayi? Hm... Terus terang saya cakap, selama hari ni saya rasa rugi untuk membeli surat khabar... Rugi rasanya membeli cerita orang yang tak punya akal yang berlambak-lambak di dada akhbar... Akhbar perdana maupun akhbar sisipan... 

Mungkin manusia sekarang tidak punya akal yang cukup sebab minum susu lembu terlebih ataupun sengaja tak mahu menggunakan akal sehingga melakukan jenayah kepada kanak-kanak sampai mengeluarkan keputusan seperti ini>






terlalu banyak... kes seperti ini... 

Menurut laporan yang diperoleh dari Berita Harian

"PUCHONG – Masalah penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan daripada 2,279 kes pada tahun 2007 kepada 2,780 kes tahun lalu.
Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk empat bulan pertama tahun ini mendapati sebanyak 819 kes jenayah itu dilaporkan atau purata tujuh kes sehari.
Tidak cukup dengan itu, kes-kes penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga yang sepatutnya melindungi anak-anak sendiri juga meningkat daripada 992 kes pada tahun 2007 kepada 1,266 kes pada 2008.
Trend itu mencetuskan rasa marah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu pejabat Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas mendakwa penjenayah terbabit.
“Jangan biarkan penderaan kepada kanak-kanak atau terhadap sesiapa pun menjadi budaya di negara ini kerana kita ada undang-undang dan mereka yang terlibat sepatutnya dihukum,” katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Taman Putra Perdana di sini semalam.
Menurut statistik JKM, kes kanak-kanak hilang turut meningkat dan semakin membimbangkan. Bagi tempoh Januari 2008 hingga kini sebanyak 4,968 kes telah dilaporkan dan daripada jumlah itu 1,859 mangsa belum dijumpai.
Sumber : Kosmo Online "
Apa salah kanak2 ini? Jangan disebabkan masalah yang kita hadapi kita hilang pertimbangan dan kewarasan akal... Biarkan kanak2 sekarang menikmati zaman mereka sepertimana yang pernah kita rasai dahulu.

unicef


No comments: