Monday, March 28, 2011

Stereotaip


Hey peeps! Ngee... Sopan sikit Hani, Hai semua, Assalamualaikum... Hani masih dalam mood kehilangan... Salah seorang cousin Hani dah kembali ke rahmatullah hari Jumaat lepas, 25 March 2011 selepas waktu Maghrib. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang diredhai oleh-Nya...

Yang pergi tetap dikenang, tapi yang hidup mesti teruskan perjuangan. Oklah, harini Hani nak membebel pasal sikap lelaki yang stereotaip... Bosan sungguh dengan lelaki ni, tapi apakan daya, kaum perempuan dengan kaum lelaki ni ada tarikan magnet kutub utara-kutub selatan. Lelaki ni stereotaip? Ape maksud Hani ni?

Stereotaip, ataupun kebiasaan lelaki ialah, suka mengarah orang. Huh?! Sangat tak suka, memang ego Hani lebih dari kebanyakan perempuan and semestinya saya tak suka diarah-arah sewenang-wenangnya. Contohnyalah, "Masakkan aku burger, daging dua tau". Bila dah masak, bukan nak ucap terima kasih, komen panjang lebar perihal masakan tadi tu. Huh.

Lagi satu kebiasaan kaum lelaki ni, manja dengan perempuan. Lelaki ni suka tau kalau kita manja-manjakan dia. Tak percaya? Cuba tengok adik beradik lelaki anda, mesti manja dengan mak kan? Konon gentleman...

Dahlah kurang gentleman, bila perempuan manja-manja, dia cakap perempuan gedik. Tapi bila dia menaja dengan mak tu? Eleh, tak suka tau! Kebanyakan lelaki kalau baik dengan perempuan, mesti ada muslihat. Kalau tak, tak payah nak harap la dia buat baik. Pembuli tegar tau mereka-mereka tu.


Bagi kaum lelaki ni, lepas kahwin perempuan mesti ikut cakap dia. Yela, ini Hani kena setuju, sebab agama Islam pun cakap macam tu tapi, agama cakap, ikut cakap lelaki selagi tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah dia suruh anda langgar hukum Allah, anda langgar je lelaki tu dengan kereta tolak.. Heh!

Tapikan, sebusuk-busuk kaum lelaki ni, kita tetap perlukan lelaki. ISh, contohnya, kalau takde ayah saya yang berjantina lelaki, mustahil adanya saya di dunia ini. Sebalik kebiasaan mereka yang kurang menyenangkan ni, ada juga kebaikan-kebaikan yang tersembunyi.

Contohnya, diorang ni ubat penenang bagi kaum perempuan. Tak percaya? Diorang ni pandai pujuk tau. Bila perempuan nangis, mesti senyum bila tengok diorang ni buat lawak bodoh. Ataupun waktu perempuan tengah sakit hati dengan kawan-kawan yang buat derk je bila dia berkata-kata, lelaki ni jugaklah yang menumpukan sepenuh perhatian.

Fakta menyatakan bau peluh lelaki dapat menenangkan wanita. Tapi Hani nak nyatakan, Hani tak pernah tenang bila bau peluh lelaki nak-nak lagi masa naik bas time balik kerja! Yucks!


No comments: