Tuesday, April 5, 2011

Bukan sebab takut

Hai dan Assalamualaikum semua. Pernah tak satu masa anda rasa nak buat sesuatu tapi tak jadi disebabkan seseorang? Mesti selalukan? Hani pun selalu jugak macam tu, terutama bila dealing with En.Hilman. Selalu sangat. Sebab tu Hani cakap, bukan sebab takut dengan dia yang membuatkan Hani tak jadi buat sesuatu. Tetapi atas sebab rasa sayang ataupun nak dengar lebih jahat, kesian kat dia :p

Haha... Terkumat kamit mulut En.Hilman nak marah Hani bila baca ni. Tapi sampai hati ke? (^_+)v

Keadaan sebegini sering terjadi bila anda orang perempuan, busy dengar girly things such hang out with your girlfriends at shopping mall from day until night and not even text your special someone. Bila balik dah penat and that special someone merengek-rengek minta perhatian. Mesti rasa nak campak-campak je handphone tu kan? Tapi walaupun dengan perasaan semacam itu, anda tetap dengan rasa penuh kesabaran membalas message tersebut.


Pernah satu masa anda suka main message dengan seorang lelaki yang suka tegur anda di dalam tren. Tapi teman lelaki anda buat muka sedih dan pasrah bila dapat tahu tentang aktiviti terbaru anda itu. Walaupun anda rasa berat hati untuk memututuskan persahabatan baru itu, anda tetap melakukannya. Bila difikirkan balik, kenapa anda buat macam tu sebenarnya?



Adakah disebabkan anda takut that special someone tu marah nada? Hell no. Nak marah, marahlah. Sikit pun tak kisah, kan? Sebenarnya anda berkelakuan sebegitu disebabkan anda sayang pada dia dan tak sanggup nak tengok dia tu sedih disebabkan perangai buruk anda. Betapa baiknya anda.

See? Anda bukan takut pun. Jadi hal takut bini atau takut laki sepatutnya tidak ada kerana ini merupakan cara masing-masing mengendalikan sosial life sendiri. Tidak semestinya bila anda tidak melakukan sesuatu yang anda ingini kerana seseorang itu, anda adalah pengecut atau penakut, atau anda dikongkong.

Erk, bila dibaca semula, anda faham ke apa yang saya cuba sampaikan ni? Uh... Cubalah faham.

2 comments:

- LittleCalliph - AMAL - said...

tak takut :P
tapi sayanggggggggggggggggg :)

merlin said...

:-)..no such thing queen or king control..:-)

it just i love you..;-)