Tuesday, May 3, 2011

Sistem tiket bas Rapid KL

Kenapa dengan sistem ni? Sistem terbaru ni sangatlah menyusahkan dan tak praktikal. Sebabnya >>

1. Waktu puncak orang ramai, jadi sesak masa nak turun dan naik bas. Mana sempat nak touch kad tu kalo orang dah macam sardin? Tolong bagi perhatian sikit. Janganlah nak ambik kira untung je. (Kalau kami sebagai pengguna tak touch masa turun anda potong RM3 kan? Walhal bukan saja2 kami tak nak touch. Orang dah terlalu sesak sampai nak jalan pun tak boleh.)

2. Time naik bas nak beli tiket, time naik bas nak tambah nilai. Hello, sangatlah tak praktikal sistem ni. Menyusahkan, kalau mesin yang ada tu cepat takpe jugak, mesin tu makan masa lebih kurang 2 minit setiap orang yang mahir masa nak beli ataupun tambah nilai. Itu kalau mahir ok? Kalau tak mahir 5 minitlah mesin tu duk tendang duit, ulang benda sama. Menghabiskan masa orang lain yang menunggu.

Dua sebab ni pun dah cukup Hani rasa. Baiklah Bas Rapid KL berbalik pada sistem tiket yang lama. Buat kena maki dengan orang ramai je sistem baru tu. Bukan Hani sorang je yang tak suka sistem ni, semalam je dah puluh-puluh orang membebel pasal isu ni.

Lagi pulak kawasan KL ni "tak berapa nak sesak". Pemandu bas pun mintak tolong beradab sikit masa mengajar penumpang mengenai sistem baru tu. Kami tahu anda bosan ulang benda yang sama kepada penumpang. Tapi nak buat macam mana? Salah siapa? Tet!

Jangan fikir keuntungan sahaja. Kami sebagai pengguna ada hak kalau peniaga atau pembekal servis memperlekehkan kami dan mengherdik kami sesuka hati. Bayangkan kalau kami saman malu? Eh? tak boleh? Kenapa?

Dimarahi dikhalayak ramai dikira memalukan. Jadi, rasa-rasa boleh saman tak?

No comments: