Tuesday, August 7, 2012

Kerja baru

Assalamualaikum and hi! =)

Saya dah ada kerja baru dan saya happy, yeay! Haha.. sewel dah~~~

Baru beberapa hari kerja kat company tu and still dalam sesi training before boleh start kerja yang sebenar. This is the first time saya attend training before lapor diri pada ketua jabatan. Dua syarikat sebelum ni saya lapor diri dan terus start kerja. Dan kerja-kerja sewaktu minggu pertama adalah sangat pity bila dilihat semula 2 atau 3 bulan selepas itu. Hopefully this company takde la perasaan tu, dah trained by expertise kot, jangan buat malu diri sendiri.

Tapi bila menghadap sesi training di bulan puasa dengan suhu bilik training yang amatlah sesuai untuk mengayam mimpi indah, amatlah mencabar kelopak mata untuk terus gagah terbuka. Seriously,saya mengantuk yang amat sangat. Dah puas conteng-conteng segala aneka rupa bentuk corak pun tak dapat hilang ngantuk jugak.

Bukan pasal trainer tak best, they are really good in delivering the information. Tapi masalah itu datang dari diri sendiri dan suhu persekitaran lebih menambahkan keinginan untuk tidur. Sigh. Nasib la diri sendiri dah well trained untuk tegar menahan kelopak mata untuk terus terbuka bila ada orang bercakap. Saya seorang yang tidak bakal lelap sekiranya ada bunyi-bunyian.

*muka excited ke tempat kerja hari pertama*

Saya tak apply cuti raya sebab rasa tak best pulak baru masuk kerja nak mintak cuti. So, saya cuma beraya dari raya pertama sampai raya ketiga je. Sapa sama dengan saya? Meh sep meh. (=.=)!

Company ni provide services untuk client dalam dan luar negara so walau macam mana pun saya tetap akan berteman walaupun beraya di ofis. Takde la rasa forever alone sangat nanti. Nak beli baju raya! Baju raya saya dah tempah 3 bulan sebelum, tapi masih tak siap lagi. Kelasssss sangat. Lamanya macam nak buat baju pengantin, padahal tempah baju kurung biasa je. 

Terima kasih baca! :)

2 comments:

LD said...

salam ramadhan and selamat bekerja sis =)

singgah sini and follow

Hani Yuhani said...

Salam ramadhan Jenn Syafiqa, thank you :)