Tuesday, February 12, 2013

Natijah pemalas update blog

Assalamualaikum.

Natijah bagi orang pemalas update blog macam saya. Memang blog syok sendiri, jadi nak tulis tajuk apa pun takde siapa nak kisah. :p

Natijah yang saya dapat rasakan sejak mula berblog dari tahun 2009 dulu ialah seperti senarai di bawah:-


1. Tak ramai follower.

Confirm la tak ada sesiapa pun yang terlalu baik hati nak memenuhkan blog list dengan blog tak berupdate berkurun lamanya. buat semah mata membaca aje.


2. Side income?

Hah? Benda apakah side income? Seperti pernah dengar, tapi dimana?? Hahaha.. Jangan lah berangan nak dapat buat side income dengan blog sekiranya anda adalah seorang tuan blog yang pemalas nak update macam saya.


3. Tak popular.

Kalau dah cerita pun berupdate setahun sekali, jangan simpan harapan nak jadi popular seperti Maria Elena, Hanis Zalikha ataupun Red Mummy.


4. Rasa menyampah.

Memang tak dinafikan kadang-kadang muncul rasa menyampah terhadap blog sendiri hingga rasa nak tutup je blog ni. Tapi... Sayang pulak. Biarlah ia bernafas walaupun nyawa-nyawa ikan.

Sekian dari saya. Terima kasih kerana sudi baca. :)

Yang benar,

Cik Yuhani.

No comments: