Assalamualaikum semua.. :)
Tiba-tiba mood nak bercerita tentang pengangkutan awam. ( Testimoni terhad kepada pengangkutan awam sekitar KL, Selangor dan Seremban sahaja.) Almaklumlah semenjak hampir setahun dah berkeja ni, macam-macam jenis pengangkutan awam Hani dah cuba. Ni Hani nak share sedikit info untuk semua :
::KTM::
Kebaikan
~ Kalau naik KTM, agak jimat kalau destinasi anda jauh. Kira sendiri la kenapa jimat ye.
~ Setiap stesyen selesa, maksudnya ada kemudahan asas seperti tandas dan kedai runcit.
Keburukan
~ Jadual tren tak terjangkau dek akal, kadang-kadang terpaksa menunggu 2 jam untuk dapatkan tren.
~ Tak selesa, penghawa dingin tak berfungsi, terlalu padat dengan penumpang sehingga berhimpit. (Ada yang pernah pengsan)
~ Perjalanan tren yang selalu terhenti. Tak ada sebab dan sering berhenti di tengah jalan. (Beberapa kali mengalaminya sendiri.)
::LRT::
Kebaikan
~ Selesa, penghawa dingin berfungsi dengan baik, penumpang tidak terlalu padat berbanding KTM.
~ Tambang berpatutan dengan khidmat yang diberikan. Tren bertolak setiap 5 minit maksima.
~ Laju.
Keburukan
~ Kurangnya keselesaan di stesyen. Tidak semua stesyen LRT ada tandas dan kedai runcit.
~ Mesin penjualan tiket sentiasa bermasalah. Perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan tiket.
::Bas::
Umum mengetahui terdapat 3 jenis bas disekitar Kuala Lumpur.
BAS LEN SENG, yang hanya mengambil penumpang untuk kawasan-kawasan tertentu, tidak semua kawasan terdapat perkhidmatan bas ini.
METRO BUS, meliputi segenap kawasan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Tambang yang murah berbanding Bas RapidKL, masih menggunakan konduktor bas yang lebih menyenangkan berbanding mesin. Bas agak uzur berbanding RapidKL dan sering menunggu penumpang padat untuk memulakan perjalanan (kurang selesa).
RapidKL, meliputi segenap kawasan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Selesa, pemandu tidak menunggu bas terlalu padat untuk memulakan perjalanan. Keadaan bas yang masih lagi baru. Tanbang bas agak kurang munasabah, dari Taman Wahyu ke NSK RM2.00 sedangkan dari KL ke NSK RM3.00. Menggunakan mesin tiket yang selalu bermasalah.
Suasana Edaran, tempat duduk yang selesa, penghawa dingin berfungsi dengan baik,lebih fleksible dalam menentukan jalan yang digunakan sekiranya lebuhraya sesak dan keadaan bas lebih baik dari SKS-KL. Keburukannya, sekiranya menunggu di Central Market, jadual bas adalah tidak menentu. Nasihat saya, sila tunggu bas di Puduraya.
SKS-KL, jumlah bas yang banyak, bas mengikut destinasi dikehendaki penumpang (PD dan sebagainya). Sentiasa menunggu penumpang di Central Market. Bas ini susah didapati di Puduraya, tak fleksible dalam menetukan lebuhraya, hanya lalu PLUS je. Kadangkala penghawa dinign tak berfungsi.
No comments:
Post a Comment