Monday, August 8, 2011

Notification FACEBOOK

Salam semua :)

Nak berblog mengenai status facebook pulak harini. Tak payah nak harap sangat dapat baca cerita best seperti aku menternak lemak di mana-mana macam dalam blog Cik Epal tu. Ataupun tak payah nak berangan aku buat entri berjalan ke mana-mana seperti kebanyakan bloggers. Sebabnya aku adalah sangat busy.

Notification facebook korang harini berapa? Ala... Tak payah nak tipulah tak check facebook lagi. Hari-hari aku masuk facebook, berlambak notification orang. Yang buat bisnes, segala jenis gambar ada ditag. Yang buat MLM pun tag jugak. Tak kurang juga yang tulis note pun nak tag.

Bukan aku nak marah orang tag aku ke apa, boleh tag aku. Tapi janganlah kalau kau upload gambar 50 keping semuanya kau nak tag aku jugak. Maunya aku tak hangin. Penatlah aku baca notification harap-harap ada orang cakap i love u kat aku ke tak, penuh notification kau je. Letih tau, menghampakan aje. Huh.



gambar dijumpai di www.silampuneon.com

Untuk itu, boleh tak korang janganlah tag aku kat semua gambar korang? ataupun bisnes korang? tak lupa juga kat MLM korang? Setakat satu dua aku tak kisah, tapi dah kalau berlambak sangat, poning den woi!!!


No comments: