Apa kes plak aku tetiba nak bercerita pasal kes putus cinta ni? Eh,sukeati akulah nak cerita pasal apa pun kat blog aku? Nak baca tak? Nak baca sila teruskan, tak nak baca, silalah tekan butang pangkah dihujung sebelah kanan screen anda. Terima kasih kerana sudi singgah.
Kisah putus cinta aku nak cerita ni bukan kes putus cinta pakwe korang ada adik angkat lepas tu terangkat dengan kawan dia, buka cerita pakwe kau curang sebab dah jumpa orang baru yang lagi cantik dan lagi umph! dari kau. Ini cerita pakwe kau dah terjatuh cinta dengan kawan kau yang selama ni kau percaya setengah mati. Kawan tempat kau meluahkan perasaan sampai dua tiga pagi dikeheningan malam.
Aku bukan nak ajar korang benci lelaki mahupun perempuan yang dah blend hati kau buat jus tu ke ape. Aku nak ajar korang camne nak nampak kuat walaupun depan dua makhluk yang kekurangan deria rasa. Memang dashyatlah kalau korang kena macam ni.
MENTAL MESTI KUAT
Nilah perkara utama yang mesti korang pertahankan. Jangan kau asyik nak layan perasaan baca segala memo yang ex korang bagi kat korang. Tengok folder gambar korang ulang beratus kali sambil ulang ayat "aku rindu dia". Eii! Tak sesuai. Perkara pertama, delete segala apa yang berkaitan kisah kau dengan ex kau. Tak payah nak meraung. OKlah, simpan semua benda tu dalam satu kotak dan jangan buka lagi kotak tu.
DENGAR LAGU
Lagu apa yang korang nak dengar? lagu tema kau dengan ex kau ke? Hoi! Get rid of it. Dengar lagu yang menaikkan semangat, contohnya lagu Move Along-All American Reject. Tak kisahlah lagu apapun, asalkan jangan lagu jiwang karat tangkap leleh bagi airmata kau mengalir deras bak kepala air.
SIBUKKAN DIRI
"Aku tengah cuti sem, nak sibuk camne?" Soalan jenis apa yang korang tanya ni? Kat rumah kau takde kerja? Meh aku nak bagitau kau kerja apa yang kau boleh buat kat rumah. Menyapu sampah, menyidai baju, belajar memasak. Kalau rumah korang ada orang gaji, takkan nak bayar gaji buta pulakkan, fine, keluarlah pergi window shopping, paling koman pun pergi karaoke. Atleast lepas sikit la geram tu. Tapi ubat paling mujarab silalah mengaji Quran. Confirm jiwa kau tenang.
CARI KAWAN BARU
Heh, bukan aku tak kenal kalau muka-muak frust bila kena tinggal ni mesti life korang ada dia sorang je sebelum tu kan? Jadi carilah kawan baru, perempuan ke lelaki ke, tak kisah. Sekurang-kurangnya korang ada teman untuk menghabiskan masa. Jangan peduli kalau tiba-tiba ex kau cakap,"awak dah sosial sekarang". Hei! Jeles ke tengok aku dah hot sekarang? Buwekk!
Sedikit sebanyak hati korang akan terubat jugak lepas buat benda-benda kat atas ni. Tapi macam mana korang nak berdepan dengan kawan korang tu? Owh...Pehlisss, kawan ke manusia macam tu? Fine, boleh anggap kawan tapi masuklah beliau kepada golongan yang tak boleh dipercayai. Nak percaya camne lagi bila dia sendiri dah buat khianat kat kau?
BUAT BODOH
Kau buat je macam takde apa-apa pernah berlaku diantara kau ngan kawan kau tu. Mungkin mula-mula terasa janggal, tapi lama-lama korang akan OK. Jangan pulak tak bertegur sapa langsung ataupun jangan pulak kau jadi terlebih peramah asik nak bercakap dengan dia je, layan macam biasa.
Kebiasaannya, kawan korang ni akan rasa bersalah, yelah dah rembat pakwe oranglah katakan. Tapi kalau tak rasa bersalah tu tak fahamlah aku. Memang takde hati perut ke apalah manusia tu.
Masa korang baru-baru dapat tahu you so-called-kawan tu dah bercinta pulak dengan ex korang memanglah rasa dunia ni berat sangat nak dihadapi, tapi aku nak bagitahu korang satu benda. Korang suka tak tengok ex korang terkejar-kejar nak kat korang balik? Suka kan? Jadi tak payahlah korang nak menambahkan lagi kegembiraan kat hati ex korang yang sememangnya sedang bergembira sebab dah ada awek baru.
Start your new life nescaya ex korang akan mula gelisah sebab korang macam tak kisah pun dia ada ke tidak. Hey! Apa nak kisah? Takde dia pun kau boleh hidup kan? Lagipun sebenarnya ex kau tu bodoh sebab tak tau nak hargai perasaan korang yang suci murni tu.
Sehingga bertemu lagi dilain ceramah. Babai!
No comments:
Post a Comment