Monday, January 2, 2012

Bukan cerita baru (lapuk)

Morning and Assalamualaikum.

Hari cuti, blog pun mahu cuti (macamlah blog ni aktif sangat!). Tiba-tiba mood rajin nak meng"observe" alam sejagat. Please excuse me for using Malay-English in writing this blog. I would try my best to not mixing this two language too often. :)

Memandangkan aku ni memang manusi yang tidaklah akan keluar rumah tanpa arah tujuan, makanya alam sejagat yang paling dekat dengan aku adalah internet! Internetkan luas, aku duduk kat Amerika, kau duduk dekat Uzbezkistan pun boleh bercinta.

Antara kegunaan internet ialah untuk mengakses laman Facebook. Memang aku aktif berfacebook, memang aku suka baca news feed. Tapi aku cukup menyampah bila kat news feed aku keluar ayat seperti :


wahai kaum adam....npew ko owg mch bka fb ag...ko

 owg x g cmbyg jumaat kew??


#rugi cpe x g cmbyg jumaat...#




Hye , my fwenz , cpea2 nk join hang out time square , 

comment k :) , n aqoe grax dri n9 , cpea2 yg dok n9 , 

grak nurn aqoe skali k :)



Cukuplah aku bagi dua contoh di atas. Korang rasa apa bila baca ayat atas ni? Seriously aku rasa nak hantar je mereka-mereka ni balik ke tadika dan belajar mengeja dengan betul. This is so not cool ok! Well, who else will use this kind of spelling if not my own race, MELAYU. 


Adik-adik, mengertilah bahawasanya akak ni letih nak baca ayat korang yang berpintal-pintal ejaannya ni. Cuba eja betul-betul macam yang cikgu ajar kat sekolah tu. No wonder kids nowadays failed their language subject. Practice makes perfects. Kalau dah hari-hari update status Facebook pakai ejaan yang tah apa-apa, tak mustahillah dalam karangan tereja perkataan yang sama kan?


Jadi ni lah tips nak lulus Bahasa dengan cemerlang, eja status Facebook, Twitter, Tagged, Google+, etc, dengan ejaan yang betul. Aku tahu aku pun tulis blog mencampur adukkan bahasa, but hey! bukan aku yang nak jawab periksa!


See you when I see you.. 

No comments: