Monday, August 10, 2009

Karaoke

Adakah anda gemar berkaraoke? Jika ya, anda patut melakukannya dengan lebih kerap. Kegiatan yang memang asyik dilakukan terutama bersama teman-teman ini, bukanlah sekadar hobi yang mampu melegakan tekanan tetapi amat menyihatkan. Apa tidaknya, karaoke mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Menurut Profesor Takeshi Tanigawa dari Universiti Ehime, Jepun, karaoke merupakan pilihan yang tepat bagi golongan pekerja untuk melepaskan kepenatan dan menghilangkan stres akibat rutin pekerjaan. Menyanyi menyebabkan anda terpaksa mengawal nafas secara teratur yang mana sangat baik untuk mengendurkan saraf yang tegang dan melancarkan pengaliran darah. Sekaligus, merendahkan masalah penyumbatan saluran darah.

No comments: