Monday, August 10, 2009

Surat same ngan blog tak?

Petua kesihatan yang amat berkesan sejak dahulu lagi adalah berkongsi perasaan dan pendapat dengan rakan atau keluarga. Meluahkan perasaan pula bukan sekadar tertumpu pada aspek penceritaan secara bersemuka tetapi anda boleh lakukannya dengan cara yang lain. Menulis boleh menjadi satu medium yang baik untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Selain memberi lebih banyak inspirasi dan masa yang cukup, ia juga membantu anda mengatur pemikiran yang mana akan membawa kepada tindakan selanjutnya. Tidak salah sekiranya berubah dari bercerita secara bersemuka dengan mengirim surat kepada rakan atau keluarga yang tersayang, bukan?

No comments: