Friday, February 18, 2011

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

Meh aku nak  merungut + meluahkan perasaan kat korang tentang kebaikan and keburukan KTMB ni :


Bare in mind this is just my heart feeling and nobody should bring up this writing to any court judgement. Thank you.


Kebaikan :-

Siapkan coach untuk wanita.
Diorang ada sediakan pada setiap keretapi biasa yang 3 gerabak tu, Salah satu gerabak khas untuk perempuan. Seriously rasa dihargai. Yela, bila kau dah penat balik kerja kena pulak bersesak dengan manusia-manusia lain. Korang rasa bau wangi macam time pagi-pagi subuh korang pergi kerja tu ke? Bau HASAM + BACIN tau? Dan seperti yang diketahui semua, lelaki mengeluarkan peluh lebih banyak dari perempuan maka, petang hari tu, ko bolehlah mengurangkan kesakitan hidung dengan bau peluh TENGIK orang lain,dengan masuk coach yang disediakan untuk kaum HAWA ni. Motif: BANYAK PELUH = LEBIH BAU, KURANG PELUH = KURANG BAU.

Ada jadual perjalanan.
Sesiapa nak tengok jadual tu, pelis tekan perkataan jadual diatas. Senang sikit nak schedule waktu ko nak gerak pergi memana. And korang tau la pukul berapa anggaran ko boleh sampai kat tempat ko nak tuju. Semua ada dalam scedule diorang ni.

Tambang.
Nak dibandingkan dengan rapid KL, surely KTM lagi murah. Jalan sikit punya jauh, contoh aku la, dari Seremban ke KL HARI-HARI. Ko bayangkan kalau naik kereta? Mau kurus aku tak makan. 


Keburukan:-

Coach wanita selalu ada penceroboh.
Perasaan terharu rasa disayangi terus hilang bila ada makhluk adam yang tumpang sekaki kemudahan untuk kami, bukan nak dengki, tapi boleh tolong faham tak bila kami pilih untuk gunakan coach ini, kami mahu privasi. Tak mahu sakit maha and HATI bila pandang muka bodoh korang dalam gerabak khas tu. Ada pulak tu yang kurang ajar, masuk gerabak pompuan selamba pulak ko duduk sedangkan mak cik tua depan ko berdiri terketar-ketar? Pompuan mengandung apalagi ko nak endah, penyakit buatan sendiri ko kata? Sah ko manusia kurang pedoman, lahir masa zaman jahiliah ke apa? Pada pihak KTMB, kami kaum perempuan tahu pihak KTMB ada buat pemantauan. Tapi macam tak berkesan je? Buat kat stesyen-stesyen besar je? stesyem kecik tak payah ke? Semalam mat awang "LUBANG HIDUNG BESAR, HITAM, RAMBUT KERINTING MACAM SAPU TAHI LEMBU" tolak perempuan bawa anak kecil kat Bandar Tasik Selatan. Perempuan tu marah sangat, memang kurang asam. Dah berpuluh kali orang ramai bagitahu pun ko tak paham ke? Tolong ambil tindakan.

Jadual perjalanan tak tulis bila keretapi nak dibatalkan/ditunda.
Tadi dah tengok jadual kan? Sekarang tengok sekali lagi, ada tulis tak bila nak tunda/batal? Aku cukup tension bila nak pergi kerja, keretapi gerak lambat. Patut gerak 6.45am tu, gerak la. Apasal pulak kekadang ko nak gerak pukul 6.50am? Dah lambat 5 minit tau? Lepas tu tengah tengah jalan ko berenti, nak suruk kitorang ni tengok keindahan alam sekitar ke apa? Pepagi buta tu aku tak teringin nak pandang tu sume, sila paham muka bos kat tempat kerja yang tersenyum tengok ko datang on time lebih indah dari segalanya. Tapi bila ko asik berenti macam keretapi kat Zoo Negara, muka bos aku mungkin akan berubah jadi sangat hodoh dan mengerikan. KTMB boleh tolong beri sebab? Jangan la bagi jawapan cliche bekalan kuasa tak cukup, ERL, rapid KL pun pakai letrik jugak, takde pun masalah macam ni?

Tambang tidak berpatutan dengan servis.
Tadi cakap murah ni cakap tak berpatutan? Yes! Memang tak patut, ada ke patut aku bayar RM250 sebulan untuk berdiri and berhimpit dengan manusia Ya Allah macam sardin?? Dengan aircond tak terasa, peluh orang menitik kat aku ko tak kira lagi? Pulak tu ada manusia yang jenis suka berborak, menyembur air liur kar muka aku? Kalau ada pick pocket memang selamat segala barang aku tu dibawa lari. Nak jaga barang macam mana kalau ruang berdiri pun macam compressed file?? Alasan cliche lagi, Kami tak ada budget untuk menambah gerabak baru. Korang dah established lama, kenapa rapid KL boleh jalan 15 minit sekali walaupun baru establish? TOLONG AMBIL TINDAKAN.

AKU MENULIS DI BLOG KERANA TAK TAHU MANA TEMPAT UNTUK BUAT COMPLAINT NI. BUAT KAT WEBSITE PUN TAKDA RESPOND.

5 comments:

Anonymous said...

sabo yang..tp mmg kdang2 ktm 2 menjengkelkn..klu lmbt mmg xigt pnye..

Mrs. Cuppycake said...

its really not "kadang-kadang" :p

- LittleCalliph - AMAL - said...

gua sukak post ni!!!

Mrs. Cuppycake said...

aku sakit hati kak, sebab tu kua post ini..:p

Anonymous said...

same goes here..bengang gler...ble dorg nk improve..people terrrpkse jgk naek sbb dh xde choice...dorg ni xkesian ke kt org2 yg naek ni? berhimpit xpe jgk ni kalo lambat..potong gji plak tu...sbbkn ktm..sape nk jwb...