Friday, March 11, 2011

Ketiak busuk!

Hi sahabat wanita yang comel. Oh, ada lelaki baca? Ok, hi lelaki. Entry ini merupakan luahan perasaan saya yang hari-hari berhadapan dengan makhluk-makhluk di sekitar KL. Masa pergi kerja, masing-masing bau harum semerbak. Uh... Kembang kempis hidung nak tangkap bau masing-masing. Minyak wangi pelbagai jenama, deodorant.







Memang semuanya wangi-wangi belaka. Tak dapat nak dinafikan lagi. Tapi bila tiba masa balik kerja. Ya Allah. Masing-masing bau tengik. Terutama lelaki. Maaf, bukan semua, segelintir yang berpeluh banyak. Tak tertahan hidunh dan peparu saya ni nak menyedut udara sekitar. Nak-nak lagi kalau naik pengangkutan awam.

Memang kaum ni suka angkat ketiak tinggi-tinggi lepas tu dengan muka selamba takde reaksi macam tak boleh bau badan sendiri berbau kambing. Hish! Tension betul.

See that girl in the picture? As same with me she can't stand that guy GREAT smell.

Ini bagi kaum lelaki, kalau bau anda hapak. Tak payah nak dekat-dekat sangat dengan kaum wanita ni. Kami memang tak suka. Lepas tu ada pulak perangai lelaki ni suka simpan bulu ketiak panjang-panjang. Kalau tak panjang tak macho. Kirim salam nak berdamping dengan saya. Menjijikkan.

Masalah bulu ketiak ni bukan ada kat lelaki je, perempuan pun sama je kadang-kadang. Hey! Dah tahu bulu ketiak anda panjang tak bercukur. Tak payahlah pakai baju tak berlengan and naik pengangkutan awam. Sangat tak senonoh. Eii. Kalau saya jadi lelaki, saya takkan dekat dengan perempuan macam ni. Kalau kebersihan sendiri tak terjaga, macam mana nak jaga kaum lelaki yang memang perlukan 150% penjagaan rapi dari kaum wanita?


Menjijikkan. Buwek!

Kredit gambar : http://www.google.com.my

1 comment:

- LittleCalliph - AMAL - said...

ketiak aku pun busuk...
tapi ader orang suker camner...?

hahahahahha org ngokngek jer suker ketiak busuk...yekkkkkkkkkkkkk