Saturday, March 19, 2011

Lelaki yang memang patut dibenci

Hai kawan-kawan sekalian, harini cikgu hani nak ajar anda semua membenci lelaki. Ok, bukan semua lelaki patut dibenci. Segelintir sahaja.


Jenis-jenis lelaki yang patut anda benci.

1. Lelaki yang kuat mengongkong.

Lelaki jenis ni, semua apa yang kita buat dia nak tahu. Kadang-kadang siap buat spot check kat handphone  kita. Ewah-ewah, ingat awak tu siapa? Privasi saya tak perlu nak ambil tahu sangat. Saya tak sukalah! Rimas.


2. Ego tak bertempat.

Alamak, tension betul kalau jumpa lelaki jenis ini. Boleh katakan ego tak pasal-pasal. Contohnya kita baru cakap malam nanti nak makan kuew teow gorenglah. Tiba-tiba dia cakap. Eh? Apasal nak makan kuew teow goreng? Makan megi goreng je, abang nak jimat ni. Nyampah gila. hello? Saya pun ada duit lah.



3. Big fat liar.

Bila berjumpa dengan lelaki-lelaki seperti ini, kita dah tahu ayat kliche mereka. "Saya suka bila jumpa awak, bila awak lapang lagi?". Ataupun pada yang tak pernah jumpa, "Bilalah kita nak dapat jumpa, teringin sangat nak jumpa awak, mesti awak cantikkan?" Walaupun dah jenuh mulut anda bagitahu saiz badan anda seperti ibu beranak 10. Bila dah jumpa, macam-macam ayat tak puas hati dilontarkan. Semuanya sebab dah tak nak mengaku kenal kita lagilah tu...



4. Cemburu buta.

Ini lebih kurang je dengan mengongkong tadi, sebab apa kongkong? Sebab ceburulah. Kalau cemburu berasas takpe juga. Ni kawan perempuan pun dia nak jeles. Apalagi bila anda temankan kawan perempuan anda berdating, mau pulak dikatakan anda menarik perhatian teman lelaki kawan anda tu. (=_=)!



5. Mata duitan.

Lelaki camni menghabiskan harta je. Masa sayang memang tak perasan dia gunakan kita, bila dah tak sayang, fikir-fikir balik. Hampeh kelapa bali punya jantan. Tak payah nak menyesal, halalkan je. Allah akan bagi yang lebih baik dari apa yang anda bagi pada dia.


At the end, kita kaum Hawa tetap juga perlukan lelaki. Itu fitrah, cuma jangan tersalah pilih. Hopefully we will be happy ever after dengan pasangan yang memahami kita.

zaman muda-muda

zaman tua-tua (^_^)

4 comments:

- LittleCalliph - AMAL - said...

nak tua sampai camtu jugak!!! :)

merlin said...

nk tau tapi muka maintain muda..bleh x?..:-p

Hani Yuhani said...

ahaks!haruslah aku doakan ko kekal sampai ketua dengan bahagia dengan sidia...

Bape banyak dengan da...:p

merlin said...

haha..silap..bukan nk tau..tp tua..:-p