Friday, August 5, 2011

Background blog

Salam semua!!

See, blog ni dah berwajah baru. Rasa nak edit, nak tukar warna tapi nantilah. Sekarang nak tumpukan pada penulisan dulu. Cerah sikit masa depan tengok blog dah berwarna cerah sikit. Heheee...

Aktiviti terkini sangatlah sibuk menggodek blog Cik Epal gonjeng. Mesti korang tertanya-tanya apehal si budak Hani ni terhegeh-hegeh nak godek blog Cik Epal tu kan? Meh sini aku nak jawab, sebabnya aku kepochi nak tahu kisah cinta beliau bersama en.muncit a.ka Shaheizy Sam tiruan. ;p

Kepochi kan aku? Hehe... Biasalah. Lagi satu, siapa yang tau cerita terkini Khairul Fahmi Che Mat dengan Jejari runcing? Aku sebenarnya bukan nak fikir apa. Tapi kalau dah sampai kes putus tunang semua ni, kesian juga kat pihak perempuan. Alasan Apex ada masalah keluarga, tapi Elia beria cakap ada orang ketiga. Wallahualam, harap-harap Fahmi dan Elia dapat duduk semeja dan berbincang perkara ni.

Janganlah jadi macam personaliti lain yang selalu berbalas kenyataan di media tapi pihak yang satu lagi menafikan. Pening kitorang sebagai peminat ni nak baca. Apa-apahal pun, semoga berbahagia dengan jalan hidup masing-masing :)

No comments: