Friday, August 5, 2011

Mencari inspirasi di blog Cik Epal

Salam semua!!! Sejak godek-godek blog Cik Epal sejak seminggu lepas, terasa insaf sebabnya :

Macam berpura-pura tulis blog ni pakai kata ganti diri selain daripada aku walhal kat luar memang takde maknanya nak guna nama sebagai ganti diri. Kalau ada pun, dengan orang tua je kot? Jadi, untuk itu mintak maaf yee... Dari saat ini akan digunakan semula "aku" sebagai kata ganti diri.

Pernah jugak aku guna teknik "i follow you, you follow me" Ouh!! Since when-when lah aku ni gila populariti murahan camni? OK, itu cerita zaman batu dahulu kala. Sejak bila tah aku stop buat benda tak berfaedah tu semua. Sekarang aku berfikir, siapakah dikalangan follower aku ni betul-betul ikhlas nak follow aku?

Aku selalu malas nak balas komen orang, tak kiralah kat blog ke, kat facebook ke... Sampai ada je yang merajuk makan hati. Ini tak tahulah bila boleh kikis perangai hampeh ni.

Dan yang paling memberi inspirasi kat aku sekarang ni, entri Cik Epal yang INI.

OK, cukuplah sebab-musabab yang aku berikan. Sebelum ni aku tak pernah sangka jadi blogger dapat duit ribu-ribu. Bila baca blog Cik Epal, terkujat aku tengok duit nuffnang dia boleh cecah 3k! Mak datuk... Kalau aku aktif blogging boleh tak dapat camtu korang agak-agak? Tapi tak naklah, niat aku nak share ape saja yang aku terlintas. Harap-harap takdelah orang yang sakit hati membaca blog aku ni.

Tapi kalau ada pun yang tak puas hati, nak maki-maki, silakanlah buat begitu. Boleh jugak tambah pahala aku.

Eh, dah lah. Tata!

2 comments:

- LittleCalliph - AMAL - said...

i follow you :)
larik cam digi tapi baju biru :)

Mrs. Cuppycake said...

terima kasih Kak Amal, aku tau ko ikhlas follow aku..(mood terharu)
:)