Sunday, August 5, 2012

Bercinta, bila?

Assalamualaikum and hi peeps :)

Tajuk cinta-cinta ni memang menjadi kegemaran, tak kiralah lelaki atau perempuan. Bukan itu yang nak diceritakan disini. Persoalan sekarang ni ialah bercinta, bila waktunya?

Kalau diperhatikan sekeliling kita sekarang ni, budak sekolah rendah darjah 4 dah pandai nak bercinta. Saya masa darjah 4 dulu, cinta pun tak tau apa maknanya. Saya yang terlampau lambat ataupun budak-budak zaman sekarang ni dah advance? (T_T)

Sepatutnya bila masa yang sesuai untuk bercinta? Kalau ikut kehendak mak ayah kita, mestilah bila dah habis belajar. Tak nak konsentrasi terganggu akibat masalah percintaan katanya. Tak kiralah sekolah rendah ke, menengah ke, universiti ke, asalkan namanya student masih lagi belum sesuai untuk bercinta kata mak ayah la.

*merenung matahari terbenam bersama cinta hati*

Untuk yang dah lepas zaman student life, korang mungkin fikir dah masa untuk korang bercinta. Yelah, tengok kawan-kawan dah ada makwe, ada pakwe, ada yang dah bertunang, ada yang dah nak kahwin, rasa jeles dalam dada kan? Tapi percayalah, rasa jeles je tak cukup menandakan anda dah sedia nak bercinta.

So, bila masanya korang dah ready nak bercinta? Korang dah ready nak bercinta bila dah dapat lupakan cinta lama. Jarang nak jumpa orang sekarang yang tak pernah bercinta sebelum berkahwin. Jadi bila korang rasa dah tak rasa apa-apa bila EX korang call atau text atau bila terserempak kat mana-mana dah boleh kawal emosi. Itu tandanya korang dah ready.

Setakat ready nak bercinta membazir masa dan tenaga je, apa kata korang ready terus untuk berkahwin sebelum pastikan diri tu ready untuk bercinta? Maksud saya, korang dapatkan semua apa yang korang nak sebelum berkahwin, sebelum mencari calon untuk dikahwini. Kalau dah dapat semuanya yang korang nak tu, korang dah betul-betul bersedia untuk bercinta dan boleh terus berkahwin kalau pasangan korang tu korang rasakan sesuai.

Senang kata korang rasa dah jumpa soul mate la... Dah jumpa, terus masuk meminang.
*cincin tunang gorgeous*

Tak payah tempoh lama-lama bertunang, lagi lama tempoh lagi banyak pulak dosa yang TERbuat nanti, kalau boleh terus je nikah. Laaaagi sweet bercinta lepas nikah. :)

*halal dah*

Bila dah nikah, korang dah sangat ready untuk bercinta. Bercintalah puas-puas, buat pahala banyak-banyak. Bahagia hingga ke syurga. Amin.

Thanks for reading! 

1 comment:

norzaimee said...

done folo u.. do folo me back :)
http://norzaimeemastura.blogspot.com/