Saturday, August 4, 2012

Boyfriend VS Future husband

Assalamualaikum and hi!

Bacaan ni bukan khas untuk perempuan je, lelaki pun boleh baca jugak. Dialu-alukan. :)

Bila bercerita pasal BOYFRIEND, perempuan mesti dah ada ciri-ciri yang ditanamkan dalam otak sejak kecil. Nak yang handsome, kaya, baik, romantik, sasa, tinggi, etc...(yang baik-baik belaka). Malangnya takde manusia yang dilahirkan sempurna. Lumrahnya manusia, bila inginkan sesuatu mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik. Inilah sifat boyfriend idaman perempaun, rela melakukan apa saja untuk mereka. *muntah*

Sanggup teman girlfriend shopping seharian, bayar semua perbelanjaan setiap kali keluar, tak pernah lupa apa-apa tarikh penting berserta hadiah terhebat, setiap kali keluar baju sedondon, tolong pegangkan semua barang anda, tolong tolak troley, tolong drive kereta serta menjemput setiap kali date, tolong bukakan pintu kereta, tolong tarikkan kerusi, makan bersuap, bagi duit poket dan macam-macam lagi gaya hebat sama macam dalam drama-drama korea. *semuanya dibuat berdua-duaan*

*boyfriend idaman*

Korang tengok drama Dejavu Di Kinabalu? Para lelaki, bolehkah korang menjadi Bazli untuk memuaskan hati para perempuan? Masa bercinta semua pun boleh... Inilah sifat-sifat seorang boyfriend, kalaupun tak semua ciri dipenuhi, ada beberapa yang mesti terSAMA.

Jadi apa yang berbeza dengan FUTURE HUSBAND?

Seorang lelaki yang nak menjadi seorang suami kepada perempuan idamannya tak mampu nak buat semua ciri-ciri boyfriend di atas. 

Seorang bakal suami tak boleh menjemput korang tanpa teman (tak ada privasi), tak boleh belanja korang makan, bagi pocket money, bagi hadiah mahal (save duit nak bayar hantaran), tak dapat teman shopping lama-lama (kena kerja cari duit).  Tapi seorang bakal suami pasti cuba menyenangkan hati ibu bapa korang, cuba meyakinkan ibu bapa korang bahawa beliau seorang yang bertanggungjawab.

Dia juga tak menolak andai diminta untuk bertemu ahli keluarga, tak complaint andai berat badan korang naik, jerawat penuh dimuka ataupun mengejek anda bila anda kelihatan selekeh. Bakal suami selalu buat korang menangis sebabnya dia tak mampu memenuhi ciri-ciri boyfriend idaman korang. Sekiranya ada lelaki macamni disisi korang, jangan selalu fikir yang negatif, fikirkan sudut positif si dia bersikap begitu. Mungkin si dia dah merancang untuk menjadi FUTURE HUSBAND instead of only your BOYFRIEND.

*future husband idaman*

Stay with the one who always makes you happy is just a stupid quote, stay with the one who try to makes the future you happy.

Thanks for reading! :)


5 comments:

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Terbaikk:))

Pha Is said...

"stay with the one who try to makes the future you happy"

nice.... kta kat dunia bukan nk hepi smentara je... klau boleh nk hepi hingga penghujung nyawa, malah, hepi sampi ke syurga, insyaAllah....

Nick Nashram said...

hahah..kalo perempuan fikir camtu lelaki pun sama.nak perempuan yg cantik,baik,romantik dsb..setiap org kalo boleh nak dapat bf/gf yg cantik dan hensem..tak kisah la pendapat masing2..tapi yg penting kerja mesti ada.

Hani Yuhani said...

Yana Fauzi, thanks! :)

pha is, betul, nak happy here and here after. barulah sweet..hehe..

Nick Nashram, duit tu perlu, sebab tu perlukan kerja. tapi kalau duit over anything else, annoying jugak..:p

Unknown said...

nice 1! ;)