Thursday, August 2, 2012

Shopping on last Sunday

Assalamualaikum, hai semua! :)

Walaupun cerita dah basi, tetap nak story jugak. So, enjoy your readings!

Melihatkan banyaknya reviews dari kawan-kawan mengenai Kenanga Wholesale City, kami sepakat untuk bershopping disana. Raya kan tak lama lagi, kira nak shopping raya la. So, terjah shopping mall seawal pukul 11 pagi. Walaupun rasa-rasa kami dah awal, rupanya ada lagi yang lebih awal dari kami! Parking penuh. Lif penuh, penat menunggu lif dan cari parking.


*ada 16 tingkat*


*kami parking tingkat 11*

Kami penat sangat untuk mendaki lebih dari 8 tingkat, makanya kami ambil keputusan untuk ke shopping mall yang lain. Oh, tak banyak yang dapat di rembat, sebab saya rasa macam kurang sesuai untuk diri sendiri buat beraya. Saya beli handbag dan kerongsang raya. Kemudian kitorang pergi ke Alamanda Putrajaya. That was my first time ever pergi sana.


*alamanda cantik*

Tapi amatlah menyedihkan for a first timer like us to get there. Takde papan tanda menunjukkan arah langsung. Okay, there are. Tapi siapa yang menetap area Putrajaya dan kawasan berhampiran je yang boleh baca papan tanda tu. Semuanya bertulis presint, presint, presint. Ataupun taman, lebih menyedihkan papan tanda arah ke masjid pun takde sedangkan papan tanda untuk Hotel Shangri La ada pula.

Shopping mall tu biasa je, sama je dengan lain-lain shopping mall. Beli jeans je. Penat berjalan, kaki lenguh dua hari tak hilang. Hati frust sebab niat hati nak beli tudung, tapi dah lupa warna baju raya yang ditempah. Macam mana tak lupa kalau dah tiga bulan tempah pun tak siap lagi. Saya syak baju saya dah rosak. 

Kalau ada lelaki yang baca post ni, saya nasihatkan, berhati-hatilah kalau awek, isteri, emak, emak mertua atau skandal mahupun rakan sebaya anda yang berjantina perempuan ajak ke Kenanga Wholesale City. Walaupun mungkin duit anda tak keluar, anda mungkin memerlukan rawatan rapi sekiranya mereka shopping dari LG ke tingkat 16.

Sekian, wassalam. :)

No comments: