Wednesday, August 8, 2012

Cinta suami orang

Assalamualaikum and hi! =)

Entry harini lebih kepada luahan rasa sebagai seorang perempuan. Mungkin akan terlebih emosi ataupun terkasar, jadi izinkan saya guna aku dalam entry ni. Aku nak bercerita mengenai suami orang, siapa yang ada suami tu boleh juga baca, mana tahu ada faedahnya kemudian hari.

Awal tahun ni aku ada berkenalan dengan seorang lelaki ni, kawan. Simple je, tak handsome, tak kaya, tak bijak, just a typical Malay guy lah. Dia cakap dia masih lagi bujang, and bila tengok profile peribadi dia pun masih boleh percaya kalau cakap bujang sebab umur baru 25 tahun.

Kemudian aku tengok gambar-gambar dan terdetik dalam hati dia dah berkahwin sebab ada gambar pakai baju melayu warna putih. Bukan baju sekolah sebab kain satin, berkilat. Tapi malas nak ambil tahu sangat, so buat tak tahu je. Kemudian, baru-baru ni dia confess yang dia dah berkahwin sebenarnya, dan yang mengejutkan aku dia baru kahwin 2 tahun.

Bukan masa yang lama 2 tahun tu, masa dia kenal aku tu dia baru kahwin setahun setengah dan dah mengaku bujang? Kalaulah isteri dia tahu. Then, dia start cerita pasal seorang perempuan ni, kekasih dia katanya. Istighfar panjang-panjang dalam hati. Bila dia dah cerita punya panjang, aku dapat agak yang perempuan yang diceritakan tu ex-schoolmates aku yang dah pun berkahwin.

Lagi sekali aku terkejut bila dia cakap kekasih dia tu janda. Padahal aku tau perempuan tu masih lagi bersuami. Adeh, apa dah jadi dengan dunia ni? Suami orang mengaku bujang, isteri orang mengaku janda. Si lelaki minta aku selidik betul-betul kalau si perempuan tu masih lagi bersuami. Jengkel betul rasanya nak tolong. Sakit hati aku sebab ada kaum lelaki yang macam ni.

Tak reti bersyukur. Isteri dia macam tak tahu apa-apa langsung pasal aktiviti suami dia. Kesian, kesian sangat. Semoga pasangan ni cepatlah sedar, janganlah buat dosa, yang halal dah ada janganlah dicari yang berdosa. =(

Untuk si isteri, janganlah percayakan sangat suami awak tu. kadang-kadang syak wasangka dan cemburu tu perlu. Cek la handphone dia sekali sekala, bukan nak suruh semua isteri pasang syak wasangka tak baik terhadap suami. Tapi untuk kesejahteraan bersama tak salah kot? Correct me if I'm wrong.


*jangan sampai ini terjadi*

Thanks for reading!

2 comments:

Tiara Fazlin said...

takut la nak kawin :(

KOLEKSI ANTIK said...

ini seriussss..hehe
bos i di tmpt keje mngaku dah ada isteri tapiiiiii masih nak mangayat i...aduiyaiiiii...laki mmg camni lahhh awakkk...sbb kuota dia ada 4 kottt hahaha :p