Wednesday, August 8, 2012

Motif blogging

Assalamualaikum, hai all! :)

Terasa dah kita semakin hampir dengan bulan Syawal. Lagu-lagu raya dah putar kat radio, ringtone telefon masing-masing dah tukar mood raya, bazaar ramadahan dah makin kurang stok kuih raya, kerongsang ngan baju raya. Ada yang dah ambil kereta baru khas untuk hari raya, tauke-tauke kedai perabot tengah suka hati tengok sales melambung bukan main tinggi. *Apa yang dapat saya observe bila raya menjelang tiba.*

Oh, ini bukan entry raya lagi. Sorry, wrong story pulak. :p

Berbalik pada tajuk yang dah ditaip. Berblogging merupakan salah satu cara kita untuk meluahkan buah fikiran berkaitan dengan persekitaran. Ada juga yang berblogging untuk menjadi penyampai warta berita *yang entah betul, entahkan tidak.* Ada yang jadikan blogging sebagai sumber pendapatan diorang. Ada juga blogger yang menyampaikan info melalui pengalaman hidup sendiri dan tak kurang jugak yang menulis berdasarkan pendapat sendiri semata-mata.

Hani sendiri menulis tak mengikut mana-mana motif spesifik di atas. Sebabnya rasa tak seronok bila kita ikat diri kita untuk buat satu perkara yang sama dalam satu-satu keadaan. Saya prefer menulis secara bebas, nak luahkan perasaan boleh, nak bagi pendapat boleh, nak sampaikan berita boleh, nak share pengalaman sendiri pun boleh. Pendapatan melalui blog ni kira jalan mudah sebenarnya untuk mendapatkan duit. Tulis entry merepek hari-hari pun takpe asalkan ada viewers.

Pendapatan dari blog dikira melalui pages view anda. Pada yang ramai follower tu oklah nak buat blog sebagai sumber pendapatan. Kalau macam saya nak buat blog ni sebagai sumber pendapatan alamatnya mati keringlah tak makan. Hani memang jarang sangat mengupdate blog kecuali bila tiba musim-musim rajin macam semenjak dua menjak ni. *Saya berblog dari tahun 2009*

Jadi, apa motif sebenar korang berblog? Saja suka-suka, ataupun ada motif tertentu? Nak kaya dengan berblogging? Nak share ilmu? Nak luahkan pendapat? Apapun alasan korang untuk berblog, pastikan korang ikhlas. Sebabnya orang sekarang ni berblogging saya perhatikan, asik nak jumlah follower yang ramai. Saya tak mengamalkan konsep "you follow, I follow" sebab saya tak rasa itu perlu. Kalau sesebuah blog tu menarik perhatian saya, definitely saya akan follow.

Saya berblog bukan untuk bertanding jumlah follower. Tak untung apa pun dapat follower ramai tapi viewers takda.

Sekian terima kasih sebab sudi baca :)

1 comment:

Afiq Yassin said...

follow sini.. salam perkenalan