Thursday, August 9, 2012

Lelaki, perempuan, sahabat?

Assalamualaikum and hi all!

Perasan tak setiap hari kita mesti bercampur gaul dengan dua gender? Lelaki dan perempuan. Pernah tak terlintas di hati korang macam mana dua gender yang saling menarik antara satu sama lain ni kekal dalam erti kata sahabat? Takkan takde perasaan langsung antara satu sama lain?

Saya bukanlah expert untuk merungkai persoalan tentang perasaan manusia ni, tapi saya teringin nak merungkai topik ni dalam bentuk pandangan kaca mata saya. Tak jadi masalah pun sebenarnya untuk korang kekal bersahabat dengan mereka yang berlainan jantina daripada korang asalkan korang tahu dimana letaknya border line persahabatan berkenaan.

Border line yang saya maksudkan ialah masa untuk korang berjumpa dengan sahabat, perbualan korang dengan sahabat, pergaulan korang dengan sahabat, serta body language korang sendiri. Sedar tak setakat mana batas untuk korang dengan sahabat yang berlainan jantina?

Jika biasanya korang selesa untuk hang around dengan sahabat-sahabat sama jantina dengan korang sehingga lewat subuh, ini ialah perkara yang TAK SEPATUTnya terjadi bila sahabat korang tu berlainan jantina dengan korang. Kenapa? Macam-macam spekulasi bakal timbul dari orang sekeliling dan juga dalam diri korang sendiri tentang status perhubungan itu. Menghabiskan masa lebih dari kadar yang sepatutnya akan mendorong korang untuk cenderung berfikir bahawa sahabat itu milik korang secara persendirian dan ini akan menjejaskan hubungan persahabatan berkenaan.

Perbualan ketika bersama pun di kira sebagai salah satu aspek yang perlu dijaga batasnya. Tak perlu korang menunjukkan kemesraan secara berlebih-lebihan dengan sahabat tertentu di depan sahabat-sahabat lain. Keadaan ini bukan saja menjengkelkan sahabat-sahabat sekeliling korang tapi mungkin juga membuatkan sahabat korang tadi rasa tak selesa seterusnya menjarakkan diri dari terus bersahabat dengan korang.


Cara pergaulan yang saya maksudkan ialah membandingkan antara satu sahabat dengan sahabat yang lain. Sepatutnya tak ada istilah sahabat kesayangan dalam persahabatan. Tak kisahlah walaupun sahabat berlainan jantina dengan korang tu merupakan sahabat yang paling memahami. Cukup sekadar sahabat baik. Jangan sesuka hati meletakkan gelaran "teman tapi mesra" bagi hubungan persahabatan. Korang mungkin kehilangan sahabat berkenaan.

Dalam-banyak-banyak perbatasan, saya paling suka dengan body language. Kawal perbuatan korang. Kebiasaannya orang sekeliling akan membuat andaian dan tafsiran terhadap diri korang melalui gerak geri yang korang pamerkan. Andainya korang mengada-ngada secara keterlaluan dan itu diluar tahap kemampuan sahabat korang untuk menerimanya, ia bakal menimbulkan rasa rimas dalam diri sahabat korang. Tak ada sesiapa yang suka perkara yang merimaskan. Mudah saja sahabat korang untuk menyingkirkan korang dari hidupnya.

Ini mungkin tak tepat. Cuma secebis pendapat dari saya. Kalau korang nak berkongsi pendapat, dialu-alukan. Sharing is caring. :)

Thanks for ready. Enjoy your day!

No comments: