Friday, December 30, 2011

Cerita hari ini

Assalamualaikum..

Apa yang menarik harini? Harini sangat-sangat busy tapi memandangkan sekarang adalah waktu rehat maka wajarlah aku berehat dengan secukupnya..:p

News feed kat FB dari semalam mengenai drama Tentang Dhia. Overall, good storyline. Tapi memang ramaikan yang tak puas hati sebab mak Zikir tu tak menerima pembalasan? Aku suka ati je buat kesimpulan mak dia insaf la lepas anak dia mati. Motif cerita cinta agung manusia kesampaian la dalam drama ni.



Bagi yang tak puas hati dengan kesudahan cerita Tentang Dhia, ni aku reka kesinambungan yang mungkin takkan muncul dimana-mana melainkan dalam blog ini sahaja...

a.   Ku Salmi menginsafi diri selepas pemergian Zikir, nenek Zikir jatuh sakit selepas Zikir dan Dhia meninggal dan turut meninggal dunia tak berapa lama kemudian. Zetty mengambil alih tugas abangnya menguruskan syarikat bersama dengan Kak Rose beliau. Melly berbahagia ke akhir hayat bersama jejaka idaman hati iaitu Azmi dan mempunyai beberapa orang anak.

b.   Nenek Zikir terkejut mendengar perkhabaran Zikir dan Dhia meninggal dan terkena serangan jantung dan meninggal juga. Ku Salmi menjadi gila diganggu hantu raya Pak Abon dan kesilapan masa lampaunya. Rose membawa diri ke oversea dan terjumpa dengan Raffi dan berkahwin dengannya. Zetty mengambil alih syarikat dan seterusnya menyeleweng harta syarikat demi kepentingan peribadi. Melly dan Azmi tetap bersama sebagai pasangan suami isteri dan menerima Rose sebagai kawan baru selepas Rose berkahwin dengan Raffi.

Pilihlah jalan cerita yang korang nak.. Malas pula rasanya nak mengarang melalut terlebih. Happy holidays ya! :)

2 comments:

Hafizah. A said...

aku suka yang (b)..

Hani Yuhani said...

pjah suke negativeeee je...;p